Kelas MS Word (Jadual) & Kuiz Atas Talian (Quizizz)

11 September 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas MS Word (Jadual) & Kuiz Atas Talian (Quizizz) ini telah diadakan pada 10 September 2020, hari Khamis bertempat di Pusat Internet Bogag.

Dalam kelas ini, peserta diperkenalkan kepada MS Word dan juga ribbon-ribbon MS Word beserta fungsinya. Peserta diberi tunjuk ajar cara membuat jadual dan memasukkan teks dan gambar yang telah dimuat turun dari internet ke dalam jadual tersebut. Selain itu, peserta juga mempelajari cara untuk memformat dan mengedit gambar, teks dan jadual yang dihasilkan.

Disamping itu, para peserta diperkenalkan kepada laman web quizizz.com dimana peserta boleh membuat ulangkaji pelajaran secara atas talian. Dalam sesi ini, peserta berpeluang untuk menjawab soalan kuiz untuk pelbagai matapelajaran sekolah rendah yang terdapat dalam laman web tersebut.

Kelas yang berlangsung selama 3 jam ini bermula pada pukul 2.00 petang ini telah dihadiri oleh 1 orang pelajar sekolah rendah. Kelas tamat pada pukul 5.00 petang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali